Saya mula melibatkan diri dalam dunia kesukarelawanan ini pada tahun 2016. Ya, saya akui bahawa tempoh penglibatan saya ini masih lagi baru, banyak yang perlu dipelajari. Pada tahun tersebut, dalam usia yang baru mencecah 20 tahun, saya telah diamanahkan untuk menjalankan satu misi kemanusiaan di Pulau Siberut, Sumatera Barat, Indonesia.
Ya, satu misi yang sangat besar bagi saya yang tidak pernah terlibat dengan mana-mana NGO sebelum ini. Ketika itu, saya sebagai salah seorang ahli relawan Grup Penjejak Tamadun Dunia (GPTD) perlu mengikuti rombongan daripada sebuah NGO kemanusiaan yang bernama Global Peace Misson (GPM).
Tujuannya adalah untuk menyampaikan bantuan sumbangan rakyat Malaysia serta keperluan asas kepada penduduk minoriti Muslim di Pulau Siberut. Kehidupan mereka sungguh mencabar, ditambah pula tempat tersebut turut menjadi sasaran golongan mubaligh Kristian sehingga menjadikan majoriti penduduknya beragama Kristian Katolik!
Ummatic Centric
Apa itu ummatic centric? Ia bermaksud suatu gagasan pemikiran yang meletakkan khidmat kepada umat sebagai paksi utama dalam kehidupan seorang Muslim. Pertama kali saya mendengar tentangnya adalah tatkala pertama kali bertemu dengan salah seorang tokoh gerakan dakwah terkenal tanah iaitu Tn. Hj. Ahmad Azam Ab. Rahman.
Beliau banyak mengajar saya untuk memahami konsep ini sebaik sahaja bergiat dalam aktiviti kemanusiaan. Maka, tidak hairanlah jika beliau merupakan pengasas kepada GPTD dan juga GPM. Tambahan pula beliau juga merupakan ayah kepada Allahyarham Ahmad Ammar yang syahid di bumi Turki pada tahun 2013 yang lalu.
Dalam salah satu sesi ceramah beliau, Tn Hj. Ahmad Azam sering menyebut betapa kita perlu memahami firman Allah yang bermaksud:
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.