Antara kita, sudah pasti ada senarai impian (wish list) masing-masing. Dan setiap wish list tersebut merupakan bayangan diri kita yang sebenar.
Antaranya, ada yang ingin mengembara mengelilingi dunia dengan hanya menggalas beg, ada yang ingin belajar di Oxford, ada yang ingin mencari Islam di Balkan dan ada juga yang ingin mengembara dan menulis tentang dakwah Islam di bumi Tel Aviv. Yang mempunyai impian ingin berkahwin muda pun ramai.
Ikutkan, banyak lagi impian yang ingin dicapai seawal usia muda ini. Hakikatnya, bermacam-macam impian ini menggambarkan bermacam-macam jugalah karakter manusia di bumi ini yang kita boleh kenali.
Impian Kita?
Sekadar ingin bertanya: “Ada atau tidak dalam senarai itu impian untuk mengerjakan haji pada usia muda?”
Saya yakin, impian untuk mengerjakan haji mahupun umrah serta ziarah ke Makkah dan Madinah memang menjadi impian sanubari setiap Muslim di seluruh dunia. Hal ini kerana setiap hati manusia yang beriman, semuanya telah “disapa” oleh Allah dengan seruan Nabi Ibrahim a.s. setelah membangunkan Kaabah bersama-sama anaknya Ismail agar mengunjunginya sehingga akhir zaman.
Allah berfirman: “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadah haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus (penuh kepayahan) yang datang dari pelbagai jalan (ceruk rantau) yang jauh.” (Surah al-Hajj 22: 27)
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.