Anas bin Malik menceritakan: “Saya pernah melihat Rasulullah tatkala waktu solat Asar sudah masuk. Ketika itu, orang ramai sedang mencari-cari air untuk berwuduk, namun tidak menemuinya. Lalu, dibawakan air kepada Baginda untuk berwuduk. Baginda kemudian meletakkan tangannya di bekas tersebut, lalu memanggil orang ramai datang untuk berwuduk dengannya.”
Anas bin Malik menyambung: “Saya melihat air terpancar daripada celah-celah jari Baginda dan orang ramai berwuduk sehinggalah semuanya selesai.”
Qatadah bertanya kepada Anas: “Berapakah jumlah kamu semua ketika itu?”
Anas menjawab: “Hampir 300 orang.”
Rujukan: Haza al-Habib Muhammad Rasulullah s.a.w. Ya Muhib, Syeikh Abu Bakar al-Jazairi.