November 29, 2023
Haramain UMUM

Siri 2: Masjid-Masjid Athariyyah Di Makkah:  Hidupkan Nadi Ummah Menerusi Pengurusan Masjid

Kagum, indah dan syukur. Hanya ini yang mampu diungkapkan tatkala melihat gahnya syiar Islam di Kota Melion, Singapura. Dalam kesibukan kapitalisme wujud ketenangan syiar Ilahi yang tergambar menerusi keindahan masjid dan kemantapan pentadbirannya. Suasana kekurangan yang menawarkan kelebihan di sebaliknya.

Peluang menziarahi Kota Singa baru-baru ini buat julung kalinya mampu menyingkap ruang meninjau kehidupan aktiviti umat bernadikan rumah Allah sebagai proksinya. Berbicara tentang soal nadi. Maka nadi adalah gambaran sebuah kehidupan.

Zaman Nubuwah menceritakan segala-galanya mengenai peranan masjid sebagai nadi kehidupan. Semuanya bermula daripada masjid dan berakhir juga di masjid. Nyata, kredibiliti dan profesionalisme institusi dan ke pengurusan masjid telah diasaskan sebagai blueprint penting seiring pembinaan masjid itu sendiri.

Sebagaimana yang dinukilkan oleh Ibrahim bin Salih al-Khudhari dalam bukunya, Ahkam al-Masajid Fi al-Syari’ah al-Islamiah menggariskan kepemimpinan masjid sebagai salah satu elemen dan kriteria terpenting dalam bab Imarah al-Masjid (Pembangunan Masjid). Antara lain yang menjadi perkara asas yang turut dibahaskan dalam kitab tersebut ialah infrastruktur, hiasan dan landskap serta kemudahan prasarana yang sesuai dalam usaha menarik hati umat untuk terus terlekat dengan masjid.

Masjid al-Fath di Jumum

Jumum terletak di Wadi Marra al-Zahran. Wadi itu dikenali sebagai tempat perairan bagi Bani Sulaim. Jauhnya dari Makkah sekitar 25km ke arah utara dan berada dalam route atau jalan menuju ke Madinah yang dikenali sebagai Tariq al-Hijrah.

Dalam bulan Rabi’ul Awal tahun 6 Hijrah, Rasulullah s.a.w. menghantar sekumpulan tentera di bawah pimpinan Zaid bin Harithah r.a. Kumpulan tentera ini (yang dinamakan sebagai sariyyah) telah dapat menangkap seorang wanita yang menunjukkan kepada mereka kawasan Bani Sulaim ini. Dalam pergerakan itu mereka dapat menawan unta, kambing dan tawanan lain.

Pada tahun 8 Hijrah, Rasulullah s.a.w. sendiri singgah dan bermalam di situ sebelum peristiwa pembukaan kota Makkah dan bersama Baginda sejumlah 10 ribu sahabat r.a. Akhirnya mereka turut disertai sekumpulan besar lelaki daripada Bani Sulaim. Di sini jugalah Abu Sufyan telah menerima Islam sebagaimana yang di riwayatkan oleh Imam al-Bukhari dari pada Hisyam daripada ayahnya:

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan merupakan calon Ijazah Sarjana Syariah (Fiqh dan Usul) di Universiti Malaya. Dalam masa yang sama beliau memperoleh Sijil Intensif Bahasa Arab dan Inggeris dari Kolej Agama Sultan Zainal Abidin. Kini beliau adalah Pengurus, Unit Syariah di Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Dalam masa yang sama merupakan kolumnis bagi Majalah Solusi terbitan Telaga Biru. Selain daripada itu beliau kerap muncul di kaca televisyen seperti Tanyalah Ustaz dan segmen Dulu Blur Sekarang Clear di Suria FM. Kepakaran: Fiqh Zakat, Kepengacaraan, Fiqh Ibadah, Motivasi, Masakan, Fiqh Haji & Umrah.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?