October 1, 2023
Tentang Hati UMUM

Hasrat Tebus Pembaziran

Menggeleng saya dibuatnya. Aduhai, penat saja lepas solat Subuh berkejar ke dapur untuk memanaskan lauk-pauk yang ada. Rupa-rupanya, apabila saya naik semula ke bilik, anak-anak langsung tak menjamahnya sebelum ke sekolah.

Aduh, selalu macam tu. Nak pastikan mereka sarapan pagi pun mesti mama yang hadap. Kadang-kadang sampai perlu disuap!

Saya melihat makanan yang terhidang di atas meja dengan rasa terkilan.

Semangkuk besar nasi goreng daging merah, sup dan tomyam masih tidak terusik. Siapa yang akan makan semua ini? Allahuakbar! Sudahnya saya mengalas perut pagi itu dengan hati yang libang-libu.

Serba salah. Terkilan. Kesal.

Sketsa Rajuk

Apatah lagi apabila mengenangkan sketsa rajuk saya dengan suami petang sebelumnya. Ya, petang itu seminar berakhir lewat dan saya benar-benar kepenatan.

“Abang, beli makanan saja ya. Tak larat nak masak petang ni.”

“Boleh, sayang! Nak pesan apa?”

Saya mula senaraikan beberapa menu. Nasi goreng daging merah, tomyam, sup ayam, nasi pattaya…

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?