October 1, 2023
Tentang Hati UMUM

Hati Penentu Keadaan Diri

Penjagaan hati menjadi topik utama perbincangan para ulama Islam dahulu dan masih dibincangkan sekarang kerana kepentingan dan kedudukannya. Kita sudah mendengar banyak sekali firman Allah SWT yang menyebut tentang qalbun salim.

Allah berfirman mengkhabarkan tentang doa Nabi Ibrahim yang memohon agar Allah tidak menghina baginda pada hari semua manusia dibangkitkan, iaitu:

Hari ketika tiada lagi berguna harta dan anak-anak. Kecuali orang yang datang menghadap Allah membawa hati yang selamat. (Surah al-Syu‘ara’ 26: 88-89)

Hati Sebagai Mastermind

Rasulullah SAW juga telah menyebut tentang peranan hati dalam menentukan kebaikan dan kejahatan:

Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging. Sekiranya daging itu baik, maka baiklah seluruh anggotanya. Namun, seandainya daging tersebut rosak, maka rosaklah seluruh anggotanya. Ketahuilah (segumpal daging) yang dimaksudkan itu adalah hati. (Riwayat al-Bukhari)

Syeikh Ibn Rajab al-Hanbali rahimahullah berpandangan bahawa baiknya amalan fizikal seseorang dan kemampuannya untuk menjauhi yang haram dan meninggalkan perkara syubhah (yang masih samar hukumnya), semuanya bergantung kepada baiknya keadaan hatinya.

Hal ini kerana walaupun hati (jantung) itu kecil berbanding dengan bahagian tubuh yang lain, namun baik dan buruknya jasad tergantung pada hati. Tambahan lagi hati adalah raja bagi seluruh anggota badan, manakala anggota badan yang lain berperanan sebagai tenteranya. (Lihat Jami‘ al-‘Ulum wa al-Hikam, jil. 1, hlm. 210)

Hadis ini juga menjadi dalil bahawa akal dan kemampuan memahami, menyusun dan merancang, punca dan sumbernya adalah di hati, bukan di otak (kepala). Jadi, sumber dan jalan berfikir adalah di hati (mastermind).

Hati yang Baik

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now
Dato’ Dr Abdul Basit Abdul Rahman mendapat Ijazah Sarjana Muda, Ijazah Sarjana dan Ijazah Doktor Falsafah dari Universiti Islam Madinah dalam bidang Syariah Islam. Kini beliau adalah Musyrif (penyelia) Pondok Sungai Durian, Kuala Krai, Kelantan di samping merupakan pensyarah Jabatan Syariah, Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra (KIAS).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?