October 1, 2023
Tentang Hati UMUM

Hikmah di Hujung Fitnah

“Bonda Nor tidak boleh begini. Akak tengok Bonda sudah jauh berubah. Sudah mula tamak kejar keuntungan!”

Saya tersentak mendengar kata-kata tajam orang kanan saya itu. Saya mula tamak? Saya semakin mengejar keuntungan sehingga mengabaikan perasaan ahli pasukan? Allahuakbar! Apakah yang membuatkan beliau tiba-tiba tergamak berkata seperti itu?

Ketika diri masih bingung dan tersinggung, muncul pula satu pihak yang cuba untuk meredakan gelora di jiwa. Dia meminta saya untuk bertolak ansur. Namun, dek kerana penjelasan yang diberikan itu bagaikan bersimpang-siur menjadikan saya semakin keliru.

Aneh. Makin saya cuba menyelami konflik tersebut, makin saya tenggelam dek dipukul badai. Hati ini berbicara sendiri: “Ya Allah, apa sebenarnya yang terjadi? Siapa yang betul sebenarnya ini? Adakah si watak hitam yang sedang mengamuk itu atau si watak putih yang cuba memujuk itu?”

 

Menjejak Petunjuk dengan Istikharah

Buntu tanpa sebarang petunjuk. Akhirnya saya pilih diam. Namun, ia tidak terhenti di situ sahaja. Diam-diam saya bangun mengadu kepada Allah s.w.t. Solat hajat dan istikharah. Memohon petunjuk agar misteri di sebalik konflik tersebut dapat segera dileraikan.

Alhamdulillah, tidak lama selepas itu Allah memberikan petunjuk kepada saya. Melalui bantuan pihak berkuasa, akhirnya satu persatu rahsia terbongkar jua. Rupa-rupanya watak hitam itu sebenarnya telah dikambinghitamkan dek terpedaya dengan tipu daya fitnah sehingga dengan tidak semena-mena bertindak menyerang saya.

Hakikatnya, watak putih itulah dalangnya. Bersikap hipokrit dan berpura-pura. Akibat diuji dengan bisikan syaitan, lalu berasa ghairah untuk beroleh sokongan dan mengaut kekayaan. Maka, untuk itu fitnah pun ditabur.

Subhanallah. Dahsyat sungguh ujian terhadap ukhuwah yang telah terbina ini. Hubungan yang telah terjalin erat lebih daripada satu dekad hampir-hampir sahaja musnah disebabkan fitnah.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?