November 4, 2024
Fokus SOLUSI

Hukum Hina Nabi

Jika diteliti akhbar-akhbar tempatan sepanjang 2019, seingat saya ada beberapa kes yang tular berhubung penghinaan kepada Rasulullah s.a.w. oleh bukan Muslim.

Isu penghinaan kepada Rasulullah adalah satu perkara yang sangat serius dan tidak boleh dipandang enteng. Penghinaan kepada Rasulullah s.a.w. direkodkan sejak zaman Baginda lagi sebagaimana firman Allah:

Dan antara mereka (yang munafik itu), ada yang menyakiti Nabi sambil mereka berkata, ‘Bahawa dia (Muhammad) orang yang suka mendengar (dan percaya pada apa yang didengarnya).’ Katakanlah, ‘Dia mendengar apa yang baik bagi kamu, dia beriman kepada Allah, dia percaya kepada orang Mukmin dan dia pula menjadi rahmat bagi orang yang beriman antara kamu.’ Orang yang menyakiti Rasulullah itu bagi mereka azab yang amat pedih. (Surah al-Taubah 9: 61)

Tanda Jahil

Boleh dikatakan, semua mengetahui tentang surah al-Baqarah. Mengapa ia dinamakan sedemikian? Ia dinamakan sedemikian sempena terjadinya satu pembunuhan misteri yang berlaku dalam kalangan Bani Israil semasa zaman Nabi Musa.

Allah s.w.t. mewahyukan kepada Nabi Musa sepertimana dalam surah al-Baqarah ayat 67-73 untuk menyembelih lembu bagi menyelesaikan kes pembunuhan berkenaan.

Bani Israil menyangka Nabi Musa telah mempermainkan mereka. Nabi Musa membalas dengan jawapan: “Aku berlindung kepada Allah daripada menjadi salah seorang daripada golongan yang jahil (yang melakukan sesuatu yang tidak patut).”

Nabi Musa menyamakan sikap mempermainkan Baginda itu dengan kejahilan. Ini bermaksud, orang yang berilmu tidak sepatutnya mempermainkan sesiapa. Justeru, bagaimana berhadapan dengan orang yang jahil?

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?