Kehidupan di dunia ini kadangkala tidak adil. Yang kaya, disanjung tinggi. Yang fakir, dicaci lagi dimaki. Yang kaya terus kaya, yang fakir jatuh kedana. Jurang tidak lagi rapat, sebaliknya menjauh. Seorang di timur, seorang di barat.
Bunyinya sama, tetapi maknanya berbeza. Kita hidup untuk makan ataupun makan untuk hidup? Tidak semestinya golongan di desa yang melarat, malahan warga di kota juga ada yang terpaksa membedak makanan dengan ahli keluarga. Sekadar cukup-cukup makan, tanpa gizi dan nutrisi yang lengkap. Sekadar mengalas perut bagi meneruskan rutin sehari-hari. Ala kadar sahaja…
Masalah ini akan terus-menerus menghimpit. Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Dunia hari ini ibarat dacing yang berat sebelah tadi. Kita perlu hentikan ketidakadilan ini untuk memastikan berat di kiri dan kanan sama rata.
Piramid Basmi Kemiskinan
Langkah Prioriti
Allah berfirman yang bermaksud,
“Allah yang menciptakan kamu, kemudian memberikan rezeki kepada kamu.” (Surah al-Rum 30: 40)
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.