June 10, 2023
Akidah WAHYU

Iman dan Wabak

Polemik berkaitan vaksinasi, wabak Covid-19 dan pematuhan kepada SOP yang berlaku dalam masyarakat sememangnya diketahui umum. Semua pihak mahu berbicara, hatta mereka yang bukan dalam kalangan ahlinya juga turut sama mengulas.

Timbul polarisasi pandangan yang pelbagai. Tidak terkecuali berlakunya elemen neo-Jabariyyah secara tidak sedar dalam isu ini. Akibatnya, ulasan berdasarkan akidah diheret sehingga tersasar daripada landasannya yang sebenar menurut kerangka fahaman Ahli Sunnah Waljamaah dalam soal berinteraksi dengan takdir Allah SWT.

Mengajar Erti Sebenar Iman

Ramai yang beralasan berkenaan sebab perlunya takut akan wabak, sedangkan wabak tersebut datang daripada Tuhan yang lebih berhak diletakkan rasa takut kepada-Nya. Benar, ketakutan mutlak hanyalah kepada Allah SWT. Walau bagaimanapun, tidak boleh dinafikan juga ketakutan alami yang berlaku dalam kalangan makhluk yang juga merupakan ketentuan-Nya.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now
Beliau mendapat Ijazah Sarjana Muda Syariah dari Universiti Islam Madinah dan merupakan calon Ijazah Sarjana Syariah (Fiqh dan Usul) di Universiti Malaya. Dalam masa yang sama beliau memperoleh Sijil Intensif Bahasa Arab dan Inggeris dari Kolej Agama Sultan Zainal Abidin. Kini beliau adalah Pengurus, Unit Syariah di Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan. Dalam masa yang sama merupakan kolumnis bagi Majalah Solusi terbitan Telaga Biru. Selain daripada itu beliau kerap muncul di kaca televisyen seperti Tanyalah Ustaz dan segmen Dulu Blur Sekarang Clear di Suria FM. Kepakaran: Fiqh Zakat, Kepengacaraan, Fiqh Ibadah, Motivasi, Masakan, Fiqh Haji & Umrah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?