Suatu hari, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada kaum wanita:
Wahai kaum wanita! Bersedekahlah kamu semua walaupun dengan barang perhiasan kamu.
Setelah itu, Zainab al-Thaqafiyah terus pulang ke rumah menemui suaminya; Abdullah bin Mas‘ud. Lalu berlakulah dialog berikut antara pasangan suami isteri tersebut:
Zainab : Wahai suamiku, kamu merupakan seorang yang miskin. Namun Rasulullah memerintahkan kami supaya memberi sedekah. Tanyakanlah kepada Baginda, bolehkah saya memberikan sedekah itu kepada ahli keluarga kita sahaja? Sekiranya tidak boleh, saya akan berikan sedekah itu kepada orang lain.
Abdullah: Kamu sahajalah yang pergi bertemu dengan Baginda.
Selepas itu, beliau pun pergi ke rumah Rasulullah. Sebaik sahaja tiba di sana, beliau terlihat seorang wanita Ansar berada di hadapan pintu rumah Baginda. Wanita tersebut juga memiliki pertanyaan yang sama dengan beliau. Namun, mereka berdua berasa malu untuk berjumpa Baginda.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.