Sebagai umat Islam, kita wajib beriman bahawa Allahlah sumber rezeki kita. Dengan nama-Nya al-Razzaq, jelas sekali menunjukkan betapa hanya Dialah yang memberi mahupun menahan rezeki kepada sekalian makhluk-Nya. Tiada siapa yang dapat mencampuri urusan tersebut.
Namun, kita juga beriman bahawa terdapat ‘kunci’ yang tertentu bagi ‘melancarkan’ proses perolehan rezeki kita. Dalam Solusi isu 139, kita telah mengetahui bahawa istighfar merupakan salah satu daripada kunci rezeki. Kali ini, kita akan lihat kunci rezeki yang kedua pula iaitu Takwa.
Allah SWT berfirman:
“Dan sesiapa yang bertakwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya Allah akan mengadakan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya), Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya.” (Surah al-Thalaq 65: 2-3)
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now