December 9, 2023
Fokus SOLUSI

Ini Masa untuk Bangkit!

Apabila orang hina kita, jangan pula kita balas balik dengan hinaan juga. Jika demikian, maka sikap kita saling tak tumpah dengan si penghina. Hinaan tidak mengurangkan nilai diri kita. Tidak juga menjatuhkan iman.

Namun ketika Melayu dilabel dengan 5M (mortgage, motor, makan, minah dan marijuana), maka kita berikan definisi baru kepada Melayu, juga dengan 5M. Bukan dengan kata-kata, tetapi tingkah laku!

1. Muslim dan Mukmin

Ini nilai agama yang ada pada bangsa Melayu. Selagi mana Melayu bergelar Muslim dan menjulang Islam tinggi-tinggi, selagi itu Melayu akan menjadi bangsa yang ulung.

Bukankah bangsa Melayu asalnya bukan beragama Islam? Namun apabila Islam sampai ke Tanah Melayu, kita saksikan kini tiada bangsa Melayu yang beragama selain Islam.

Inilah kehebatan bangsa Melayu yang tiada tolok bandingnya!

Namun kita juga perlu memastikan kita bukan sekadar Muslim, tetapi perlu menjadi Mukmin. Muslim boleh sahaja beragama Islam secara baka, namun tidak mengamalkan Islam. Namun Mukmin, bukan sekadar beragama Islam, tetapi betul-betul beriman.

Bukan pada nama sahaja, tetapi pada hati, kata-kata dan tingkah laku.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?