Satu bebenang ringkas untuk anak muda mesti lakukan sebelum menjengah usia 30 tahun. Jika tidak, ia akan menjadi perkara yang mesti “ditakuti”.
- Lancarkan Bacaan al-Quran
Sebelum masuk usia 30 tahun, kita sudah boleh fikir-fikirkan balik bacaan al-Quran kita. Apakah sudah lancar ataupun belum? Sudah khatam ataupun tidak?
Sampai bila kita nak dipaksa-paksa untuk membaca al-Quran? Kita bukan anak kecil lagi untuk disuruh-suruh. Jadi, carilah mana-mana guru al-Quran yang boleh bantu kita. Mudah-mudahan kita juga boleh jadi imam dan guru al-Quran untuk pasangan dan anak-anak kita.
- Buang Sikap Negatif
Ini perkara penting sebab setiap perlakuan kita akan menjadi teladan buat anak-anak. Apalagi ia akan menentukan mood suasana rumah tangga kita.
Saya faham, darah muda masih panas lagi mengalir dalam diri. Tetapi kalau boleh, sebelum 30-an kita latih diri kita untuk tinggalkan ucapan-ucapan dan tulisan-tulisan yang kesat. Takut susah nanti apabila menjadi tabiat.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.