Istighfar merupakan kunci kepada penyelesaian pelbagai masalah. Begitu juga dengan masalah rezeki. Dalam konteks ini, Nabi Nuh menyeru kaumnya supaya beristighfar dan hasilnya, Allah sebut dalam ayat di bawah. Bukan Nabi Nuh sahaja yang mengajak kaumnya untuk beristighfar, bahkan Nabi Hud juga berbuat begitu.
KISAH NABI NUH | KISAH NABI HUD |
Allah SWT berfirman menceritakan kisah Nabi Nuh:
“Sehingga aku (Nabi Nuh) berkata (kepada mereka): ‘Pohonkanlah keampunan kepada Tuhan kamu, sesungguhnya Dia Maha Pengampun. (Sekiranya kamu berbuat demikian), Dia akan menghantarkan hujan lebat mencurah-curah kepada kamu. Dan Dia akan memberimu dengan banyaknya harta kekayaan serta anak pinak; dan Dia akan mengadakan bagi kamu kebun-kebun tanaman serta mengadakan bagi kamu sungai-sungai.’” (Surah Nuh 71: 10-12) |
Allah SWT berfirman menceritakan kisah Nabi Hud ketika baginda berkata kepada kaumnya:
“Dan wahai kaumku! Mintalah keampunan kepada Tuhan kamu, kemudian kembalilah taat kepada-Nya supaya Dia menghantarkan kepada kamu hujan lebat serta menambahkan kamu kekuatan di samping kekuatan kamu yang sedia ada dan janganlah kamu membelakangkan seruanku dengan terus melakukan dosa” (Surah Hud 11: 52) |
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now