Hidup dalam suasana bangsa yang berbilang kaum adalah perkara lumrah di dunia. Tiada mana-mana negara di dunia ini yang langsung tidak bergaul dengan bangsa lain. Hidup berbilang bangsa ini sebenarnya satu rahmat.
Sama juga apabila Allah tidak menjadikan semua manusia menganut satu agama yang sama.
Allah berfirman:
Dan kalau Allah menghendaki, nescaya Dia jadikan kamu satu umat, tetapi Dia hendak menguji kamu terhadap pemberian-Nya kepadamu. Oleh itu, berlumbalah kamu membuat kebaikan. (Surah al-Ma’idah 5: 48)
Ya, Allah berkuasa menjadikan manusia ini hanya satu bangsa sahaja. Atau satu agama sahaja. Tidak perlu berbilang bahasa, bangsa dan agama. Tidak perlu berbeza sehingga kadangkala bertelingkah. Namun Allah kehendaki sebaliknya.
Itu pilihan Tuhan…
Sama juga, Allah boleh menjadikan umat Islam tidak berpecah kepada pelbagai aliran dan mazhab. Namun situasinya tidak begitu. Umat Islam sendiri berpecah-pecah, tetapi semua ini masih dalam kerangka rahmat Allah.
Itu juga pilihan Tuhan…
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.