June 10, 2023
Akhlak & Tasawuf WAHYU

Jaga Diri di Media Sosial

 

Mengapa?   Bagaimana?
Dikhuatiri masa yang terlalu banyak dihabiskan di media sosial akan menghakis sikap suka membaca buku atau bahan bacaan yang memberi manfaat. Melatih diri untuk bersabar dan tidak tergopoh-gapah memberi sebarang komen. Sebaliknya kita perlu bersikap berhati-hati dan selidik terlebih dahulu.
Begitu ramai individu yang menghabiskan masa berjam-jam di media sosial tanpa memperoleh sebarang manfaat. Abaikan perkara picisan di media sosial yang tidak penting dengan tidak memberi respons.
Boleh jadi kita jadi individu yang tidak tahu bersyukur apabila cemburu dan hasad dengan kelebihan yang ditonjolkan oleh orang lain di media sosial.   Disconnect to reconnect iaitu memutuskan hubungan di media sosial sementara dan meluangkan masa bersama keluarga dan menumpukan perhatian untuk ibadah.
Kadangkala kita katakan bahawa kita bebas daripada budaya hedonisme, sedangkan kita sedang berhibur di luar batasan dengan melayan media sosial. Rendahkan ego dengan terus berjumpa untuk bertanya secara langsung dengan orang yang mengecam kita.
Media sosial juga menjadi platform dan senjata pelbagai propaganda yang berkesan. Tanpa perisai, kita boleh jadi termakan dengan propaganda tersebut. Akhlak mahmudah perlu diamalkan juga semasa bersosial di media sosial. Sifat mazmumah pula perlu dihapuskan.
Dikhuatiri terpalit sikap masyarakat yang ingin meluahkan segala-galanya di media sosial. Jangan pantas memberi komen sebarang isu yang berada di luar pengetahuan kita.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?