December 11, 2024
Fokus SOLUSI

Jangan Jadi Bahan Bakar Neraka

Sewaktu isu Solusi kali ini ditulis, saya baru sahaja menyaksikan imej-imej pilu kesan kebakaran di Australia. Binatang yang rentung, keseluruhan pulau yang hangus, kepenatan pasukan bomba dan semangat pasukan sukarelawan saat berdepan dengan kebakaran besar di bumi Australia.

Semoga Allah permudahkan urusan mereka semua.

Sebelum itu, beberapa kebakaran besar turut menimpa beberapa negara seperti kebakaran “paru-paru bumi” iaitu hutan Amazon di Brazil dan sebagainya. Sungguh, setiap kali melihat hutan terbakar dalam skala besar, hati kita sepatutnya jangan pernah lupa satu peringatan keras Allah ini:

Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu (berhala). (Surah al-Tahrim 66: 6)

Ayat ini sepatutnya mampu menggentarkan hati kita semua, sebagaimana Rasulullah s.a.w. tidak mampu banyak ketawa kerana teringat syurga dan neraka.

Suatu hari, ketika Rasulullah sedang duduk bersama para sahabat Baginda bersabda: “Demi jiwaku yang berada dalam genggaman-Nya, seandainya kamu melihat apa yang aku lihat secara kamu akan sedikit ketawa dan banyak menangis.”

Sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah, apa yang engkau lihat?”

Baginda menjawab: “Aku melihat syurga dan neraka.” (Riwayat Muslim)

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?