“Dunia di tangan, di hati jangan.” Ayat ini selalu saya pesan kepada diri sendiri dan orang lain. Kita perlu faham hal ini betul-betul supaya tidak keliru dengan tujuan dan cara pengendalian hidup. Apatah lagi apabila berkait tentang harta, ramai yang mudah gelap mata!
Contoh pertama, kita sedang berada di dalam “perut” kapal terbang. Tiba-tiba rasa dahaga yang bersangatan mula mengganggu diri. Air mineral sebotol sampai RM10 harganya. Kita kata mahal, sebab kita beli di kedai runcit hanya RM2 sahaja. Rugi kalau beli! Lalu kita pun sanggup seksa diri menahan dahaga. Walhal dalam poket, bukannya tidak ada duit. Mampu dan perlu, namun apakah yang menahannya?
Ini kerana nilai angka itu masih mengelabui pemikiran kita!
Contoh kedua, tatkala kita berada di dalam kedai makan. Air mangga segelas besar, harganya RM5 saja. Segelas kecil pula berharga RM3. Kita rasa lebih untung beli yang besar. Lebih bijak dan berbaloi. Walhal, kita hanya mampu minum segelas kecil sahaja. Subhanallah!
Akhirnya, baki setengah cawan yang tersisa terbuang begitu saja. Kenapa kita gagal membuat keputusan yang betul? Inilah antara kebimbangan kita. Bimbang jika tersalah fikir dan taksir hingga tersalah melorongkan takdir!
Transit Rezeki
Teringat pengalaman saya transit di lapangan terbang dengan dua orang anak pada waktu malam. Pada subuh esoknya, kami akan terbang ke satu lagi destinasi. Mahu check-in hotel di lapangan terbang, faham-faham sajalah. Mahal! Hotel yang tawarkan bayaran per jam pula sudah penuh. Apa yang ada cuma kiraan per hari. Maksudnya, walaupun saya hanya menumpang tidur 4 jam sahaja, tetap perlu bayar seperti tidur 24 jam!
Hati berdetik, baik tidur di surau sahaja, percuma. Tetapi saya melihat anak-anak saya sudah keletihan. Anak kecil saya pula masih menyusu badan. Kalau saya tertidur sambil baring menyusukannya, tentulah tidak elok kerana surau tempat awam. Ramai orang keluar masuk. Lagipun saya sendiri perlu rehat yang cukup kerana sebaik sampai ke destinasi nanti, saya perlu mengendalikan ceramah sepanjang hari.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.