Antara solat sunat muakkad yang sahih daripada Rasulullah ialah solat duha. Baginda telah berpesan kepada para sahabat dan menggalakkan mereka supaya sentiasa melakukannya. Oleh itu, kita umat Islam juga turut dituntut untuk melakukannya.
Abu Hurairah meriwayatkan:
Kekasihku telah mewasiatkan tiga perkara kepadaku (yang aku tidak akan meninggalkannya sehingga akhir hayatku); berpuasa tiga hari pada setiap bulan, mengerjakan dua rakaat solat duha dan solat witir sebelum tidur. (Riwayat al-Bukhari)
Baginda juga pernah mewasiatkan perkara yang sama kepada Abu al-Darda’:
Kekasihku telah mewasiatkan kepadaku tiga perkara yang tidak akan aku tinggalkan selama hidupku; berpuasa tiga hari setiap bulan, solat duha dan tidak tidur sebelum mengerjakan solat witir. (Riwayat Muslim)
Walaupun wasiat ini ditujukan kepada seorang sahabat, ia merangkumi seluruh umat Baginda kerana lafaznya berbentuk umum dan bukan lafaz khusus untuk sahabat tersebut. Maka para ulama menetapkan hukum solat duha sebagai sunat muakkad.
Untuk Orang yang Bertaubat
Waktu solat duha menurut ahli fiqah adalah waktu antara ketika matahari mulai naik iaitu sebaik sahaja berakhirnya waktu yang diharamkan solat setelah solat Subuh (lebih kurang 10 minit selepas syuruk). Ia berterusan sehinggalah sebelum matahari condong atau tergelincir ketika tengah hari (10 minit sebelum masuk waktu zuhur atau untuk lebih berhati-hati sebelum 15 minit).
Alhamdulillah, kita pada hari ini tiada masalah untuk mengetahui waktunya. Kita boleh merujuk kepada takwim waktu solat yang disediakan.
Solat duha juga ialah solat untuk orang yang bertaubat (al-Awwabin). Waktu yang paling afdal untuk melakukannya adalah ketika matahari panas. Anggarannya selepas matahari naik tinggi segalah iaitu kira-kira jam 9.30 pagi.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now