March 29, 2024
Al-Quran & Tafsir WAHYU

Jatuh Cinta dengan al-Quran

Sebuah jentera yang rumit atau sebuah komputer yang canggih memiliki buku panduan yang disediakan oleh pencipta jentera atau komputer tersebut. Tidak mungkin panduan itu disediakan oleh orang lain.

Begitu juga dengan bumi dan angkasa lepas ini yang dicipta oleh Allah s.w.t. Maka hanya Allah sahajalah yang layak untuk menyediakan buku panduan mengendalikan bumi ini kepada penggunanya iaitu manusia yang dilantik sebagai khalifah. Buku panduan tersebut adalah kitab suci al-Quran.

Malangnya manusia akhir zaman ini sudah jauh daripada al-Quran. Al-Quran tidak dibaca setiap hari. Sebaliknya al-Quran hanya dijadikan perhiasan, hantaran perkahwinan atau setahun sekali dipertandingan dalam majlis musabaqah antarabangsa.

Sedikit sekali daripada kalangan kita yang menyedari kehebatan al-Quran. Kita tidak dapat merasai nikmatnya hidup membaca al-Quran. Kita tidak kenal rahsia hidup dalam al-Quran. Kita tidak betah membaca peta kehidupan dalam al-Quran.

KAEDAH JATUH CINTA DENGAN AL-QURAN

  1. Merindui al-Quran: Kita harus merindui al-Quran seperti sepasang kekasih. Malah lebih daripada itu. Biar rindu itu berasap dan membara. Kita mahu jadikan hidup kita, ibarat makan tak kenyang dan mandi tak basah kerana al-Quran.
  2. Ucapkan setiap hari, “Saya sayang Allah”. Buktikan keikhlasan ucapan ini dengan memegang al-Quran.
  3. Membaca al-Quran setiap hari: Biarlah sedikit sebagai permulaan, asalkan istiqamah.
  4. Wujudkan rasa lazat saat membaca al-Quran: Biar hidangan al-Quran terasa lebih utama, lazat dan enak daripada mencicip makanan kegemaran.
  5. Menjadikan al-Quran perbualan harian: Bukan setakat perbualan, malah menjadikan al-Quran mimpi malam dan sasaran hidup kita. Bulatkan keinginan kita sekarang juga.
  6. Jadikan impian kita al-Quran: Kawan baik kita adalah al-Quran. Pendamping dalam kenderaan kita juga al-Quran. Lampu di dalam kubur kita al-Quran. Penolong kita di padang mahsyar al-Quran.
  7. Hidup dan mati bersama al-Quran: Inilah kemuncak cinta kita kepada al-Quran. Kalau boleh biarlah jenazah kita memeluk al-Quran ketika disemadikan di dalam liang kubur.

TINGKAT MENCINTAI AL-QURAN

Bagi membina hubungan dengan al-Quran harus melalui beberapa tahap:

  1. Baca: Mulai membaca al-Quran secara perlahan, tartil, perhatian berat dengan hati yang penuh kerinduan, lisan yang fasih dengan makhraj huruf dan tajwid serta lantunan suara yang merdu.
  2. Faham: Mengerti maknanya terutama faham Bahasa Arab.
  3. Tadabbur: Mempelajari tafsir, asbabunnuzul serta merenungkan hikmah di sebalik setiap ayat.
  4. Hafal: Pelbagai kaedah atas kemampuan masing-masing.
  5. Amal: Kemuncak kecintaan terhadap al-Quran.

MENGAPA MESTI MENCINTAI AL-QURAN?

  • Kalamullah

“Allah telah menurunkan sebaik-baik perkataan iaitu al-Quran yang bersamaan isi kandungannya antara satu dengan yang lain.” (Surah al-Zumar 39: 23)

  • Digeruni

“Sekiranya Kami menurunkan al-Quran ini ke atas sebuah gunung (lalu diberikan-Nya akal sebagaimana manusia), pasti kamu akan melihatnya tunduk serta pecah belah, disebabkan takut kepada Allah.” (Surah al-Hasyr 59: 21)

  • Petunjuk daripada Kegelapan

“Ini ialah Kitab (al-Quran) Kami turunkan dia kepadamu (wahai Muhammad), supaya engkau mengeluarkan umat manusia seluruhnya daripada gelap-gelita kufur kepada cahaya iman.” (Surah Ibrahim 14: 1)

  • PENYEMBUH

“Dan Kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman.” (Surah al-Isra’ 17: 82)

  • Pemberi Cahaya

“Sesungguhnya telah datang kepadamu cahaya daripada Allah, dan Kitab yang menerangkan.” (Surah al-Ma’idah 5: 15)

  • Peringatan

“Wahai manusia, sesungguhnya telah datang kepadamu pelajaran daripada Tuhanmu.” (Surah Yunus 10: 57)

  • Keberkatan

“Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu penuh dengan berkah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran bagi orang yang mempunyai fikiran.” (Surah Sad 38: 29)

 

Sedangkan Jin Mengagumi al-Quran

“Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Telah diwahyukan kepadaku bahawa satu rombongan jin telah mendengar (al-Quran yang aku bacakan), lalu mereka (menyampaikan hal itu kepada kaumnya dengan) berkata: ‘Sesungguhnya kami telah mendengar al-Quran yang susunan dan kandungannya sungguh menakjubkan! Kitab yang memberi panduan ke jalan yang betul, lalu kami beriman kepadanya dan kami tidak sekali-kali akan mempersekutukan sesuatu makhluk dengan Tuhan kami.’’” (Surah al-Jinn 72: 1-2)

Al-Quran Khas untuk Manusia

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Dato' Haji Muhammad Zakaria (lahir 1 November 1955) berasal dari Rembau, Negeri Sembilan adalah seorang penulis dari Malaysia. Beliau berkelulusan University of Tasmania, Hobart, Australia dan University of Newcastle, New South Wales, Australia. Beliau telah menghasilkan 27 buah buku sendiri dan menerbitkan lebih 400 tajuk di bawah beberapa penerbit, Hasil terbesar beliau ialah buku Indahnya Hidup Bersyariat (Telaga Biru) yang telah terjual lebih 1 juta naskhah. Beliau telah memenangi beberapa anugerah antaranya Anugerah Buku Negara, Anugerah Buku Popular dan Anugerah Dewan Bahasa dan Pustaka. Sekarang beliau ialah Presiden Angkatan Dakwah Antarabangsa Malaysia (ADAM), Presiden Ibnu Sina International Mission (ISIM), Presiden Wakaf Ibnu Sina Hospital (WISH), Pengerusi Persatuan Belia Sri al-Ain (BERSAMA) dan Pengerusi Yayasan Darul Tahfiz Sri al-Ain Aceh. Di samping itu beliau juga seorang penceramah TV dan radio, master trainer, penerbit, sukarelawan misi kemanusiaan, Mudir maahad tahfiz, Pengarah Jihad Pendidikan Asia (JPA), CEO Kalimat Cinta Sdn Bhd dan kolumnis beberapa buah majalah.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?

Cabaran buat manusia

“Maka apakah mereka tidak memperhatikan al-Quran atau adakah hati mereka terkunci?” (Surah Muhammad 47: 24)

Perkataan terbaik

“Allah telah menurunkan perkataan yang paling baik (yaitu) al-Quran.” (Surah al-Zumar 39: 23)

Bacaan mulia

“Sesungguhnya al-Quran ini adalah bacaan yang sangat mulia.” (Surah al-Waqi‘ah 56: 77)

Kitab teragung

“Demi al-Quran yang mempunyai keagungan.” (Surah Sad 38: 1)