April 27, 2025
Fokus SOLUSI

Jauhi Fitnah Pemusnah

Fitnah menurut Kamus Dewan Edisi Keempat bermaksud tuduhan, khabar, kisah dan lain-alin yang diada-adakan untuk memburukkan seseorang.

Namun maksud fitnah dalam bahasa Arab tidak terhad kepada tuduhan yang diada-adakan sahaja. Bahkan maksudnya termasuk juga dugaan, ujian, syirik, kesesatan dan lain-lain. Fitnah boleh datang dalam bentuk ucapan, tulisan, gambar, berita, kisah, karikatur dan sebagainya.

Kemajuan teknologi bukan sahaja memudahkan tugasan dan pelbagai gerak kerja, bahkan memudahkan juga saluran untuk melakukan kejahatan dan maksiat. Kini, kalau memfitnah, boleh sahaja lakukan sendirian dan tidak perlu berdepan dengan kelompok atau individu lain di luar. Bahkan fitnah dapat disebarkan begitu meluas sekali, sekelip mata!

Allah berfirman:

Orang yang menyakiti lelaki dan perempuan yang beriman dengan tuduhan sesuatu yang tidak mereka lakukan, maka sesungguhnya mereka telah memikul kesalahan menuduh secara dusta serta melakukan dosa yang amat nyata. (Surah al-Ahzab 33: 58)

Rasulullah dan Keluarga Pun Pernah Difitnah

Antara individu yang menerima hunjaman fitnah demi fitnah adalah Rasulullah s.a.w. sendiri. Golongan musyrik tidak pernah berpuas hati dengan Baginda, lantas fitnah menjadi alat untuk merosakkan imej Baginda dan keluarga, sekali gus melemahkan gerakan menyebarkan Islam. Bahkan ajaran Islam juga menerima fitnah yang tidak kurang hebatnya.

Antara yang dicatatkan dalam sirah ialah fitnah golongan musyrik kepada Rasulullah ialah memberi gelaran ahli sihir kepada Baginda. Bahkan Sayidatina Aisyah pun terpalit apabila difitnah berdua-duaan dengan sahabat Rasulullah, Safwan bin al-Mu‘attal.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?