Islam meletakkan perbuatan merokok di khalayak ramai sebagai satu “jenayah” akhlak dan juga salah satu bentuk maksiat. Kita tidak sepatutnya menghisap rokok, apatah lagi menghembuskan asap yang berkepul-kepul itu di khalayak ramai atau berdekatan individu yang tidak merokok sehingga mengganggu mereka.
Merokok di restoran iaitu tempat untuk kita menikmati kelazatan makanan dan menghilang rasa lapar adalah sangat tidak bermoral. Perbuatan ini dilarang dalam Islam kerana menyakiti saudara seagama. Sebagai Muslim yang sempurna imannya, kita bukan sahaja perlu menjaga hati dan perasaan saudara kita, bahkan perlu memastikan mereka tidak teraniaya.
Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud:
Orang yang dianggap Muslim itu adalah yang mampu menjaga lisan dan tangannya daripada menyakiti sesiapa pun. (Riwayat al-Bukhari)
Berkenaan sikap kita terhadap perokok, kita tidak diajar membenci perokok. Kita benci perbuatannya sahaja, bukan pelakunya.
Jika kita tidak mampu menegur orang yang melakukan maksiat sekalipun, jangan sesekali reda dengan maksiat. Begitulah juga sikap kita terhadap kawan-kawan dan saudara-mara yang menghisap rokok. Namun jika mampu, tegurlah dengan bijaksana.
Halal + Amal
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.