Ramadan memang datang setiap tahun. Setiap tahun juga semua umat Islam berpuasa. Cuma yang membezakan puasa antara satu individu dengan individu yang lain adalah sebanyak mana ibadah yang kita lakukan sepanjang Ramadan dan sejauh mana puasa itu mencapai tahap puasa khawwas. Bahkan yang membezakan juga adalah sama ada kita benar-benar ikhlas atau malas.
Ada individu yang Ramadannya memang berbeza dengan baki 11 bulan yang lain. Namun yang berbeza hanyalah pada makan minumnya sahaja. Berbuka dengan menu yang lebih menyelerakan, bahkan lengkap dengan air manis, pembuka selera dan pencuci mulut. Diserikan pula dengan moreh.
Namun ada yang Ramadannya berbeza dengan bulan-bulan lain dari segi rutin harian. Diceritakan bahawa begitu ramai ulama hebat, hatta imam mazhab menghentikan kelas ilmu semata-mata ingin membaca al-Quran dan mereka khatam berkali-kali. Begitu masyhur, Imma al-Syafi‘I khatam sebanyak dua kali sehari atau 60 kali sebulan Ramadan!
Ramadan kali ini, kita ingin tempuh dengan penuh jiwa kehambaan. Kita ingin wujudkan keinginan yang jitu (strong will) dalam diri untuk jadikan ini Ramadan terbaik kita dengan melaksanakan pelbagai ibadah tanpa ada rasa jemu. Bahkan semakin banyak ibadah yang dilakukan, semakin tawaduk dan bertambah semangat, bukan sebaliknya.
Keinginan yang jitu boleh dibentuk dengan mengetahui rahsia di sebalik istimewanya Ramadan itu sendiri. Mengapa Ramadan begitu penting?
1. Sunnah Nabi
Terdapat begitu banyak hadis yang
Lihatlah Rasulullah SAW sendiri saat berada dalam bulan Ramadan: Rasulullah SAW bersabda:
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.