Hidup ini boleh kita ibaratkan seperti roda. Tidak selamanya kita berada di atas kerana adakalanya kita berada di bawah. Justeru, memahami apa yang tersurat dan tersirat di sebalik nama Allah al-Qabidh dan al-Basit, sudah pasti membuatkan kita lebih menghargai nikmat ketika saat jatuh dan bangun kita dalam kehidupan kerana Allahlah sumber segala kesempitan dan kelapangan.
Teringat saya kepada sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Anas bin Malik. Beliau berkata:
Harga barang-barang pernah menjadi mahal pada zaman Rasulullah SAW. Maka para sahabat berkata: ‘Ya Rasulullah, tetapkanlah harga untuk kami.’ Lalu Rasulullah SAW bersabda: ‘Sesungguhnya Allahlah yang membuat ketetapan harga, Dia Maha Menahan/Menyempitkan Rezeki (al-Qabidh), Maha Membentangkan/Meluaskan Rezeki (al-Basit), Maha Menganugerahkan Rezeki (al-Raziq).’ (Riwayat Ibn Majah)
Segalanya Tentang Kesempitan dan Kelapangan
Imam al-Ghazali dalam al-Maqsad al-Asna menjelaskan beberapa maksud yang merujuk kepada nama Allah al-Qabidh dan al-Basit ini. Ia terbahagi kepada tiga:
Maha Menyempitkan dan Maha Melapangkan | ||
Kehidupan dan Kematian | Kemiskinan dan Kekayaan | Ketenangan dan kesempitan Hati |
|
|
|
Dalam soal rezeki misalnya, ada kalanya apabila dirasakan bidang pengajian yang diambil oleh seseorang dilihat tidak menjamin masa depan yang cerah, sering kali soalan ini akan ditanya:
“Kamu belajar ni, nanti nak kerja apa?”
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.