October 1, 2023
Al-Quran & Tafsir WAHYU

Jom Tilawah Hingga Khatam

Tilawah ialah pembacaan ayat-ayat al-Quran yang dilakukan dengan baik dan indah. Ia hanya khusus untuk ayat-ayat suci al-Quran, boleh dilakukan secara individu mahupun berkumpulan. Tilawah adalah suatu komponen terpenting dalam proses memahami al-Quran.

Perlu ditekankan di sini walaupun kita mungkin berusaha mengejar untuk mampu mengkhatamkan al-Quran dalam tempoh masa yang singkat, namun hak tilawah perlu diraikan dan ditunaikan. Antara hak tilawah ialah membaca secara bertajwid dan tartil.

Ini kerana matlamat tilawah adalah untuk tadabbur dan memahami firman Allah. Perkara ini juga diperkatakan dalam Sharh al-Muhazzab oleh Imam al-Nawawi:

Para ulama telah muafakat bahawa makruh melampaui had dalam membaca al-Quran secara cepat. Mereka juga berpendapat, membaca satu juzuk secara tartil adalah lebih afdal berbanding membaca dua juzuk tetapi tanpa tartil. Para ulama juga berpendapat bahawa disunatkan membaca dengan tartil adalah untuk tujuan tadabbur. Ia perbuatan yang mengagungkan dan menghormati al-Quranserta lebih memberi kesan yang mendalam kepada hati. Tadabbur ini juga disunatkan bagi orang yang bukan orang Arab yang tidak memahami maknanya.

Contohi Salaf

Imam al-Nawawi menyebut bahawa golongan salaf mempunyai tempoh khatam al-Quran yang berbeza. Imam Ibn Abu Daud meriwayatkan bahawa golongan salaf mempunyai pelbagai kekerapan khatam al-Quran seperti:

  1. Setiap dua bulan sekali.
  2. Setiap bulan.
  3. 10 hari sekali.
  4. Setiap lapan hari sekali.
  5. Tujuh hari sekali.
  6. Enam hari sekali.
  7. Lima hari sekali.
  8. Empat hari sekali.
  9. Tiga hari sekali.
  10. Dua hari sekali.
  11. Setiap hari iaitu sehari semalam.
  12. Khatam dua kali sehari.
  13. Khatam tiga kali sehari.
  14. Khatam lapan kali sehari iaitu empat kali pada waktu malam, dan empat kali pada waktu siang.

 

Pilihan Bijak

Antara para salaf yang khatam al-Quran dalam tempoh sehari semalam ialah Sayidina Uthman bin Affan, Tamim al-Dari, Sa‘id bin Jubair, Mujahid, al-Syafi‘i dan ramai lagi. Antara para salaf yang khatam sebanyak tiga kali dalam tempoh sehari semalam ialah Sulaim bin ‘Itr, iaitu seorang Kadi Mesir ketika pemerintahan Mu‘awiyah. Abu Bakr bin Abi Dawud juga menceritakan bahawa beliau khatam al-Quran pada satu malam sebanyak tiga kali.

Imam al-Nawawi berkata bahawa pilihan dalam perkara ini adalah berbeza berdasarkan perbezaan seseorang individu. Bagi individu yang mempunyai kemampuan pemikiran dan pengetahuan yang tinggi lagi halus, maka ia hendaklah mengehadkan kekerapan khatam al-Quran agar mampu membaca al-Quran dengan sepenuh kefahaman.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?