March 22, 2025
KEKELUARGAAN Remaja

Jom Ubah!

Perjalanan hijrah Rasulullah dan Sayidina Abu Bakar ke Madinah terhenti di pertengahan jalan kerana diburu kafir Quraisy. Baginda s.a.w. memilih gua Thur untuk bersembunyi dan menyusun kembali strategi.

Pada saat itu, Sayidina Abu Bakar berada dalam keadaan sangat cemas. Sebagai “orang kanan” Rasulullah dalam misi ini, beliau begitu khuatir dengan keselamatan Baginda. Subhanallah, dalam saat yang begitu genting diburu musuh dan diancam bunuh, Abu Bakar masih lagi memikirkan keselamatan Rasulullah dan bukan dirinya!

Dalam situasi tegang seperti itu, rupa-rupanya Allah telah menjanjikan ketenangan dan bantuan. Janji Allah untuk bersama dengan orang berhijrah berjaya menyuntik ketenangan dan motivasi kepada para pencinta kebenaran untuk terus berhijrah. Rasa cemas Abu Bakar ini berjaya ditenteramkan oleh Baginda s.a.w.

Trivia

Mengapa Tiada Buraq?

Mungkin kita pernah terfikir, mengapa Allah tidak mengurniakan “kenderaan buraq” sepertimana yang digunakan oleh Nabi ketika peristiwa Israk Mikraj? Sudah tentu Baginda tidak perlu bersusah payah bersembunyi di dalam gua Thur dan merentas padang pasir.

Bukankah segala-galanya lebih mudah dan mempercepatkan proses pembinaan negara Islam Madinah jika adanya Buraq, namun mengapa tiada? Inilah simbolik “kewajipan” daripada Allah kepada kita.

Perhatikan peristiwa Israk Mikraj, perjalanan Baginda kelihatan begitu hebat. Dengan disediakan untuknya ‘kenderaan’ dan ditemani malaikat Jibrail. Perjalanan Baginda bertemu Allah sangat mudah. Hanya satu malam, Baginda mampu bergerak dari Makkah ke Palestin dan seterusnya mikraj bertemu Allah di Sidratulmuntaha. Sedangkan perjalanan itu lebih jauh dan sulit berbanding perjalanan ke Madinah.

Ini kerana perjalanan itu hanya khusus untuk Baginda s.a.w., meletakkan keistimewaan Rasulullah sebagai seorang Nabi. Manakala peristiwa hijrah, perjalanannya meletakkan Nabi sebagai seorang manusia biasa. Baginda perlu mengerah kudrat dan usaha bagi memikirkan strategi untuk berjaya.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?