Duhai Allah, banyak sungguh kalam-Mu dalam lembaran kitab agung. Sungguh, sudah berkali-kali aku baca dan baca. Alpanya aku, kadangkala baca tanpa faham. Yang dikejar khatam. Walau aku tahu ia tidak salah.
Sungguh, kadangkala aku faham, namun masih alpa daripada mengamalkan inti pati dan inti sari kalam-Mu. Walau aku sedar, ia terkandung titah-Mu. Sungguh, kadangkala aku ingin beramal, namun aku masih memilih-milih. Yang menepati selera, aku patuh. Yang bertentangan dengan selera, aku abaikan.
Makin aku amati, aku sedar bahawa setiap kalam-Mu adalah titah rasmi buatku. Tidak kira sama ada ia suruhan mahupun larangan. Semuanya…
Malu terasa saat Raja kepada segala raja bertitah, namun aku masih buat-buat pekak dan buta. Namun nafsu kadangkala masih menang. Berkali-kali menang. Ah, aku tidak senang, apatah lagi tenang. Selagi titah-Mu belum menjadi rentak denyut jantungku. Selagi perintah-Mu belum menjadi makan minum wajibku. Selagi larangan-Mu belum aku jauhi sepenuh hati.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now