December 9, 2023
Fokus SOLUSI

Kata Nak Masuk Syurga, Jom!

Di dunia, rumah adalah keperluan hidup. Tanpa rumah untuk berteduh dan berlindung, kita pasti sudah bergelar gelandangan, merempit di kaki lima. Dan makan mungkin daripada sisa.

Di dunia yang sementara ini pun kita memilih-milih lokasi dan ciri-ciri kediaman untuk hidup selesai dan damai, apatah lagi rumah di akhirat kelak. Sebab itulah selain menjauhkan diri daripada bahang neraka, kita juga tidak ingin sekadar mencium haruman syurga sahaja, bahkan ingin mendiaminya.

Abu Ya‘qub al-Sijistani mendefinisikan syurga sebagai nama bagi taman yang suasananya aman dan tenang dengan sungai-sungai yang mengalir serta dihiasi dengan pokok-pokok yang berbuah berserta haruman yang wangi.

Satu hidup yang serba sempurna. Dan itu destinasi terakhir yang kekal abadi. Namun begitu, syurga bukanlah utopia. Ini kerana hanya di dunia sahaja mustahil wujud suatu destinasi yang terlalu sempurna atau ideal seperti ini. Namun tidak di syurga sana.

Gambaran tentangnya sudah diceritakan panjang lebar dalam wahyu. Lokasinya, keluasan, penghuni, makanan dan minuman, istana yang gah, tingkatan, pelbagai bentuk kenikmatan, gaya hidup dan sebagainya dikongsi dengan detil. Pun begitu, itu baru sedikit sahaja.

Pun begitu, akal kita pasti tidak mampu menggambarkannya. Bahkan seluruh pancaindera kita juga tidak mampu menjangkaui segala bentuk keindahan di sana.

 

Nikmat yang Tidak Tergambar

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?