Dalam dunia ini Allah menciptakan sesuatu itu ada pasangannya. Lelaki dan perempuan. Panjang dan pendek. Kecil dan besar. Jika kaya? Adakah mungkin miskin?
Boleh jadi benar. Tetapi jika kita fahami ayat di atas, ia membawa maksud, “Dan Allah yang memberikan sesiapa yang dikehendaki-Nya kekayaan dan kecukupan yang boleh disimpan.” (Surah al-Najm 53: 48)
Kaya, pasangannya cukup, bukan miskin. Apabila kedua-dua perkataan ini diperhati, ia kelihatan begitu mencakupi. Sempurna dan indah sungguh fitman-Nya.
وَأَقْنَىٰ | أَغْنَىٰ | |
Cukup | Kaya | |
Rezeki yang Allah kurniakan itu zahirnya nampak sedikit, tetapi cukup. | Rezeki yang Allah kurniakan itu berlebihan dan banyak sehingga mampu menampung diri, keluarga juga orang lain. | |
Hari ini, ada orang yang dikurniakan kekayaan, tetapi sering kali menghadapi masalah dan bebanan lain menjadikan hartanya semakin berkurangan.
Hari ini juga ada orang belum dikurniakan kekayaan daripada Allah, tetapi sentiasa cukup untuk meneruskan kehidupan untuk ibadah. |
||
Orang yang kaya ataupun hanya sekadar cukup-cukup, kedua-duanya dituntut untuk bersyukur atas nikmat-Nya dan nikmat ini untuk dinikmati bersama-sama. |