January 13, 2025
KEKELUARGAAN Wanita & Keluarga

Kejut Anak Bangun Pagi Mencabar?

“Saya ni berkali-kali niat nak jadi ibu yang tenang. Tapi, awal pagi je kadang apabila saya rasa penat atau kelam-kabut, saya akan mengaum. Bayangkanlah. Anak saya yang seorang tu kalau bangun tidur mesti menangis. Yang satu lagi, kalau bangun, sambung pula tidur di dalam tandas. Belum dikira lagi kalau anak mula mengamuk tak nak pakai baju yang kita dah sediakan, hilang stokin…haishhh.”

Tak seronok kan kalau permulaan hari kita dipenuhi dengan perasaan marah, geram, terkejar-kejar dan kelam-kabut?

Begini…

Tidak ada orang suka yang suka “cari pasal” termasuklah anak kita. Mesti ada mesej yang ingin disampaikan melalui tindakan yang dipilih. Dan pastinya juga mesti ada perkara penting yang Allah mahu kita belajar.

Cari Punca

Apa yang anak ingin sampaikan?

  • Saya masih mahu tidur.
  • Saya tidak mahu mama kejut. Saya mahu ayah kejut.
  • Saya rasa badan saya lemah.
  • Saya tidak mahu buat aktiviti pagi.
  • Saya tidak ada sebab yang kuat untuk bangun pagi.

Mintalah penjelasan daripada anak. Lain anak, lain sebabnya. Kadangkala sebab itu boleh bertukar-tukar setiap hari! Ia semudah tanya anak, “Boleh mama tahu, apa yang buat adik nangis apabila mama kejut?” Daripada pertanyaan pertama ini, ia boleh bercambah kepada soalan-soalan seterusnya.

Tetapi, bagi anak kecil yang masih belum boleh bercakap, sebagai ibu ayah sangat disyorkan sekiranya kita ada senarai segala andaian dan kemungkinan yang membuatkan anak sukar bangun pagi.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?