Waktu yang paling ideal untuk bangun pagi adalah waktu sahur. Cuma bezanya kita bangun bukan untuk makan, tetapi untuk menunaikan hak spiritual kita. Waktu yang kurang ideal untuk bangun tidur adalah selepas masuk waktu solat fardu subuh. Manakala waktu yang paling tidak ideal untuk bangun tidur adalah selepas syuruk iaitu selepas habis waktu subuh.
Sehubungan dengan itu, majalah Solusi ingin memperkenalkan satu kelab baharu menerusi majalah ini; Kelab 5 Pagi. Tadi, kita sudah tahu mengapa pagi itu berkat. Kita juga sudah ada strategi agar waktu pagi kita tidak rugi.
Agar Pagi Tidak Rugi
Sekarang kita semua mahu berubah. Bagaimana?
- Secara sedikit, namun tetap konsisten.
- Berubah bersama-sama dalam kelompok.
Konsisten dan bersama ini akan menjadi antara nadi penting amalan seseorang. Konsisten atau istiqamah akan memberikan impak, manakala bersama ini akan menjadikan kita semua kuat dan mampu melaksanakan sesuatu yang sebelum ini mungkin dirasakan berat dan mustahil.
Berkelompok pula bermakna kita tidak lakukannya sendirian. Kelompok kecil boleh dibentuk sesama pasangan hidup, ahli keluarga, sahabat serumah, sesama ahli WhatsApp dan sebagainya.
Strategi Waktu Pagi
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.