November 4, 2024
Akidah WAHYU

Kembali kepada Allah sebelum Kembali kepada-Nya

Asal kita daripada Allah dan akan kembali kepada-Nya. Sebab itulah apabila kita kehilangan sesuatu terutamanya insan tersayang, kita akan melafazkan istirja’. Inna lillahi wa inna ilaihi raji‘un (sesungguhnya kami daripada Allah dan kepada Allah kami akan kembali).

Terdapat begitu banyak ayat yang menjelaskan bahawa kita semua akan kembali kepada Allah SWT menerusi firman-Nya:

Hanya kepada Allah kamu semua kembali.(Surah al-Ma’idah 5: 48)

Allah juga berfirman:

Dan kepada Allahlah kembali (semua makhluk). (Surah al-Nur 24: 42)

Untuk kembali kepada Allah, kita tidak perlu menunggu sehingga kita sudah meninggalkan dunia ini. Ini kerana kita perlu kembali kepada Allah SWT semasa masih hidup lagi. Dunia ialah tempat untuk beramal, manakala di akhirat setelah kembali kepada Allah, kita akan diberikan pembalasan.

Ya, kita perlu kembali kepada Allah sebelum kembali kepada-Nya. Kembali yang pertama itu dengan menempuh jalan yang lurus di dunia. Semasa berada di dunia, segala urusan dikembalikan kepada Allah. Ini kerana kehidupan di dunia sebenarnya ialah satu perjalanan untuk kembali kepada Allah.

Manakala kembali kedua pula adalah apabila roh kembali kepada-Nya. Allah berfirman:

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?