October 1, 2023
Sirah & Kisah UMUM

Kembara Hijrah Rasul Bermula

Tiba hari yang dijanjikan, persiapan bekalan untuk Rasulullah SAW dan Abu Bakar disiapkan oleh keluarga Abu Bakar. Bekalan makanan diletakkan di dalam karung.

Asma’ telah memotong sebahagian daripada tali pinggangnya untuk dijadikan tali pengikat karung tersebut. Sempena peristiwa inilah beliau mendapat gelaran, “Pemilik Dua Tali Pinggang”. (Riwayat al-Bukhari)

Risau Seorang Sahabat

Rasulullah SAW dan Abu Bakar mula meninggalkan Makkah menuju ke Gua Thur. Dalam perjalanan tersebut, pergerakan Abu Bakar tidak menentu. Ada ketika beliau berjalan di hadapan Rasulullah SAW. Ada ketika yang lain, beliau berjalan di belakang Baginda pula. Perkara ini disedari oleh Rasulullah.

“Wahai Abu Bakar, kenapa seketika engkau berjalan di hadapanku, kemudian di belakangku pula?” soal Baginda.

“Wahai Rasulullah, aku teringatkan mereka yang memburu kita, lalu aku pun berjalan di belakangmu. Kemudian aku teringat pula tugasku sebagai pengawalmu, maka aku pun berjalan di hadapanmu,” jawab Abu Bakar.

Sebaik tiba di Gua Thur, Abu Bakar berkata: “Wahai Rasulullah, tetaplah di tempatmu terlebih dahulu. Biar aku periksa keadaan di dalam gua.” Setelah yakin dengan keselamatan di dalam gua, barulah beliau mempersilakan Baginda masuk. (Mustadrak al-Hakim)

 

Detik Cemas Gua Thur

Di Makkah pula, setelah mendapati individu yang berada di sebalik kain selimut Nabi SAW itu ialah Ali, Musyrikin Quraisy bergegas keluar untuk mencari serta mengekori kesan jejak perjalanan Rasulullah dan Abu Bakar. Akhirnya mereka mendaki bukit dan tiba di sebuah gua! (Musnad Ahmad)

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Free Trial

Free trial access for 200 articles.
Click now

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?