September 18, 2024
Sirah & Kisah UMUM

Kemuliaan Kekasih Allah

Diriwayatkan daripada Abu Sa‘id al-Khudri r.a. bahawa Nabi s.a.w. bersabda:

“Malaikat Jibril a.s. telah datang kepadaku. Beliau berkata: ‘Sesungguhnya Tuhan saya dan Tuhan kamu telah berfirman: ‘Adakah kamu tahu wahai Muhammad, bagaimana Aku meninggikan bagimu sebutan namamu?’’ Baginda berkata: “Allah dan rasul-Nya lebih mengetahuinya.” Allah berfirman: “Iaitu apabila disebut nama-Ku, disebut juga namamu bersama-Ku.” (Riwayat Abu Ya‘la)

Lihatlah betapa Allah begitu memuliakan dan mengangkat darjat Baginda s.a.w di sisi-Nya. Itulah sebabnya dalam al-Quran apabila ada ayat yang menyebut nama Allah, pasti akan diikuti dengan nama Baginda s.a.w.

Al-Qadi ‘Iyyad pula menyebut:

“Dan antara keadaan apabila disebut nama Baginda s.a.w. akan juga disebut nama Allah adalah apabila Allah s.w.t. menggabungkan perintah untuk taat kepada-Nya bersama ketaatan kepada Baginda dan apabila disebut nama-Nya, disebut juga nama Baginda s.a.w.”

Sebagai contoh firman Allah yang bermaksud:

“Dan taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya…” (Surah Ali ‘Imran 3:132)

 

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?