Anak merupakan perhiasan dunia, juga perhiasan dalam hidup kita. Bahkan sudah menjadi lumrah, sesiapa sahaja pasti mesra dengan anak-anak, lagi-lagi ibu bapa dengan zuriat darah daging sendiri. Berbekalkan kemesraan inilah, hubungan yang erat akan terjalin.
Ibu bapa boleh memberi pengaruh yang baik untuk dicontohi, mampu disulam dalam gaya hidup seharian dan perasaan hormat dapat dipahat dalam hati anak-anak kita. Semua ini memudahkan lagi proses tarbiah dan didikan terhadap anak-anak yang kita cintai.
Namun untuk menambahkan lagi kemesraan ini, kita sewajarnya mengenali anak-anak kita dengan lebih dekat. Tahukah anda, anak-anak biasanya mempunyai ciri-ciri seperti berikut:
1. Aktif
Dalam tempoh ini, kanak-kanak banyak bergerak dan tidak dapat duduk pada satu tempat untuk tempoh masa yang panjang. Hal ini merupakan satu perkara yang lumrah dan biasa.
Bahkan Rasulullah sendiri pernah bersabda, maksudnya, “Perlakuan buas, nakal kanak-kanak pada usia kecilnya akan menambahkan daya fikir pada usianya dewasanya.” (Riwayat al-Hakim dan al-Tirmizi)
Syeikh Sa‘id Mursi menerangkan:
Sesungguhnya pergerakan kanak-kanak yang banyak dan sentiasa bermain, tidak tetap pada satu kedudukan, tidak duduk dan tidak turun serta selain itu, perkara ini akan menambahkan kecerdikan kanak-kanak tersebut dan pengalamannya selepas ia membesar.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.