February 15, 2025
Sirah & Kisah UMUM

Kenapa Sembah Berhala?

Pada zaman dahulu, di sebuah kampung, ada seorang lelaki yang sangat terkenal. Namanya Azar. Dia menjual berhala.

Di situ, ada sebuah rumah yang sangat besar. Di dalam rumah itu terdapat banyak berhala. Orang kampung termasuk Azar, sujud menyembah berhala-berhala itu.

 

Ibrahim yang Bijak

Azar ada seorang anak lelaki. Anak lelaki itu sangat bijak. Namanya Ibrahim. Ibrahim melihat ramai orang sujud menyembah berhala. Ibrahim tahu, berhala-berhala itu hanyalah batu. Ibrahim juga tahu, berhala-berhala tersebut tidak boleh bercakap dan mendengar.

Ibrahim faham, berhala tidak dapat memberi manfaat kepada manusia. Berhala juga tidak dapat memudaratkan manusia. Ibrahim pernah nampak lalat hinggap di atas berhala. Berhala tidak dapat menghalau lalat itu. Ibrahim juga pernah melihat tikus makan makanan berhala. Berhala biarkan begitu sahaja.

“Kenapa orang ramai sujud menyembah berhala?” Tanya Ibrahim dalam hatinya. Ibrahim juga tertanya-tanya. “Kenapa orang ramai meminta kepada berhala?”

 

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?