Kalbu mempunyai dua makna, iaitu:
1 |
Kalbu Jasmani Iaitu daging yang terletak di dada sebelah kiri yang menyerupai jantung pisang. Daging itu di dalamnya terdapat lubang dan di dalam lubang itu mengandungi darah yang hitam. |
2 |
Kalbu Rohani Sesuatu yang bersifat halus bagi mengetahui dan mengenali sesuatu daripada manusia. Ia merupakan hakikat manusia. Dalamnya juga terdapat perkataan yang disuruh dan dilarang. Ia juga bersangkut paut dengan kalbu jasmani. |
Sebenarnya, kadangkala manusia keliru bahawa sebenarnya wujud perkaitan antara sifat dan jisim (roh dan jasad). Namun, apabila dalam kitab menyebut perkataan kalbu, maka ia membawa makna kedua.
Allah SWT menjelaskan:
Katakan: ‘Roh itu termasuk urusan Tuhanku. (Surah al-Isra’ 17: 85)
Kesimpulannya, kalbu, roh dan nafas mempunyai makna yang sama. Ia disebut oleh Hujjatul Islam Imam al-Ghazali dalam kitab Ihya’ Ulum al-Din.
Kalbu: Jantung Atau Hati?
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now