Kerja haji bukanlah kerja mengejut. Ia ibadah yang memerlukan masa menanti. Memandangkan haji hanya boleh dilaksanakan sekali sahaja setahun, maka menanti giliran menunaikan haji di Malaysia memakan masa bertahun-tahun. Ini jika dikira dari kita mula menanam niat hendak menunaikan haji.
Jadi, kita mempunyai masa yang cukup banyak untuk melakukan persiapan. Dalam masa menunggu ini, list-to-do sebelum menunaikan haji yang boleh dilakukan. Semua ini dilakukan dalam rangka memaknakan erti ibadah haji yang berkualiti yang kita impikan.
Ini haji yang tiada tolok tandingnya. Ia bukan sahaja cemerlang, bahkan melangkaui sempadan kecemerlangan sehingga boleh dinobatkan haji par excellence.
Kenapa kita perlu lakukan yang terbaik bagi ibadah haji? Ini kerana haji yang wajib dilakukan hanya sekali iaitu haji yang dilakukan buat kali pertama. Haji yang dilakukan kali kedua, ketiga dan seterusnya bukanlah lagi haji wajib. Ia hanya haji sunat. Ya, Allah hanya berikan peluang satu kali sahaja!
Inilah peri pentingnya kita berusaha mencapai haji wajib yang bertaraf par excellence. Tujuannya supaya tiada penyesalan di kemudian hari jika ggaal atau lompang di mana-mana. Nauzubillah…
PERSIAPAN HAJI | |
Berorientasikan Peribadi | Berorientasikan Ketuhanan dan Akhirat |
i. Kewangan yang mencukupi. ii. Ilmu yang mencukupi berkenaan segala gerak kerja haji. |
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.