January 13, 2025
Sirah & Kisah UMUM

Kerana Menolak Ganjaran 100 Ekor Unta Betina, Lelaki ini Akhirnya Menyarung Gelang Kebesaran Kisra

Tatkala Rasulullah s.a.w. bersama-sama Abu Bakar al-Siddiq keluar berhijrah, kaum Quraisy mengisytiharkan bahawa sesiapa yang dapat membawa mereka berdua pulang akan diberikan ganjaran 100 ekor unta betina.

Lalu Suraqah bin Malik segera menggunakan kepakarannya menunggang kuda menjejak Rasulullah dan sahabatnya itu di padang pasir. Tatkala beliau ingin menghampiri mereka berdua, tiba-tiba kuda yang ditunggangnya tersungkur beberapa kali.

Melihatkan situasi tersebut, Rasulullah bersabda kepada Suraqah:

“Apa pandanganmu sekiranya nanti kamu dapat memakai gelang kebesaran Kisra (maharaja Parsi)?”

“Kisra bin Hurmuz?” soal Suraqah berasa tidak percaya.

“Ya,” jawab Rasulullah.

Lalu beliau pun kembali kepada kaumnya dengan tangan kosong kerana tahu Baginda dan Abu Bakar al-Siddiq tidak boleh diapa-apakan.

Pada zaman pemerintahan Khalifah Umar bin al-Khattab, umat Islam berjaya menumbangkan Empayar Parsi. Lalu harta harta rampasan perang dibawa pulang ke kota Madinah. Antara yang dibawa ialah gelang kebesaran maharaja Parsi bersama mahkotanya. Lalu, Umar memanggil Suraqah dan menyuruh beliau memakainya.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?