November 4, 2024
Sirah & Kisah UMUM

Kerana Tindakannya, Nabi Menjadi Marah. Akhirnya dia tahu betapa mahalnya darah seorang Muslim!

Siapa yang tidak mengenali sosok bernama Usamah bin Zaid? Seorang pemuda yang memimpin pasukan tentera pasca kesyahidan ayahnya di medan Mu‘tah. Anak kepada orang yang dikasihi oleh Nabi SAW, Zaid bin Harithah. Manakala ibunya pula ialah Ummu Aiman, pengasuh Rasulullah SAW. Imam Abu Dawud meriwayatkan satu kisah yang berlaku kepada diri Usamah.

Kata Usamah: “Rasulullah SAW telah mengutuskan kami sebagai pasukan sariyyah ke al-Hurqat. Namun, pihak musuh telah menyedari kehadiran kami lalu bertindak melarikan diri. Ketika itu kami berjaya menemui salah seorang daripada mereka. Tatkala kami ingin menangkapnya, dia berkata: “Tiada Tuhan Melainkan Allah.” Namun, kami telah memukulnya sehingga dia terbunuh. Lalu, aku menceritakan perkara ini kepada Nabi SAW.

Lalu Baginda bersabda:

Siapakah engkau dengan kalimah itu pada hari kiamat?

Aku membalas: “Dia menyebutkan kalimah tersebut kerana takut.”

Baginda menjawab:

Adakah engkau telah merobek hatinya sehingga engkau tahu bahawa hatinya bermaksud sedemikian atau tidak? Siapakah engkau dengan kalimah itu pada hari kiamat?

Usamah berkata: “Baginda SAW mengulangi pertanyaan itu berkali-kali sehingga aku merasakan aku memeluk Islam ketika itu.”

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?