January 13, 2025
Sirah & Kisah UMUM

Ketika Khidmat Rabi‘ah Ingin “Dibayar” oleh Rasulullah SAW

Rabi‘ah bin Ka‘ab merupakan salah seorang sahabat Rasulullah SAW. Beliau salah seorang ahli suffah dan menawarkan diri berkhidmat kepada Baginda. Rabi‘ah sering ada bersama-sama Rasulullah SAW tidak kira siang atau malam. Disebabkan itu, Rabi‘ah mendapat didikan langsung daripada Rasulullah SAW.

Bagi membalas khidmatnya, Rasulullah bersabda: “Pintalah kepadaku wahai Rabi‘ah, aku akan berikan.”

Rabi‘ah menjawab: “Aku akan melihat keperluanku dahulu wahai Rasulullah, kemudian aku akan maklumkan kepadamu.”

Rabi‘ah sedar hakikat sebenar dunia, maka beliau meminta sesuatu berkaitan akhirat. Rabi‘ah pergi bertemu Rasulullah. Baginda menyapa: “Apa yang telah kamu lakukan, wahai Rabi‘ah?”

Rabi‘ah menjawab: “Ya, wahai Rasulullah, aku memohon kepadamu supaya memberikan syafaat kepadaku daripada Rabmu sehingga membebaskan aku daripada api neraka.”

Rasulullah bertanya: “Siapa yang menyuruhmu berbuat demikian, wahai Rabi‘ah?”

Rabi‘ah menjawab: “Tidak, demi Allah yang mengutus anda dengan kebenaran, tiada sesiapapun yang menyuruhku. Ketika anda bersabda, ‘mintalah kepadaku, saya akan memberikannya’, dan anda di hadapan Allah mempunyai kedudukan, setelah aku memperhatikan urusanku dan menyimpulkan bahawa dunia tidak kekal daripada para pemiliknya, maka aku lebih senang mengambil tawaran tuanku untuk perkara kebaikan akhiratku.”

Setelah Rasulullah berdiam seketika, Baginda melanjutkan bicara dengan satu saranan: “Sesungguhnya saya akan melakukannya, maka tolonglah dirimu dengan memperbanyakkan sujud.”

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?