Di sebalik kota suci ini, tertanam sejarah kisah-kisah cinta yang menghidupkan jiwa orang yang beriman. Jika Romeo dan Juliet dengan kisah terlarangnya, Shah Jahan dan Mumtaz Mahal dengan cinta membuta tulinya dan Eiffel dengan simbol cinta nafsunya, namun tidak bagi kisah kota ini yang subur dengan cintanya zaman-berzaman. Semestinya jauh bezanya cinta kota ini dengan kisah-kisah cinta yang sering didendangkan yang kontang daripada roh keimanan.
Ini kisah cinta kota suci daripada cinta keluarga yang unik. Bukan sekadar cinta disebabkan pertalian darah mahupun keturunan. Jika hanya kerana itu cinta mereka tidak lebih hanyalah cinta yang biasa-biasa.
Namun uniknya kerana cinta mereka tersulam kemas bersama ikatan iman dan takwa. Sudah pasti, cinta yang bertunjangkan cinta Yang Maha Agung, itulah cinta yang agung.
Kisah Cinta Agung
Sesungguhnya di sinilah kota yang lahirnya bukti cinta seorang Nabi, Nabi Ibrahim kepada legasi kenabian keluarganya – Nabi Ismail dan Nabi Muhammad s.a.w.
Ya, Makkah menjadi saksi utuhnya cinta mereka.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.