September 18, 2024
Fokus SOLUSI

Lafaz yang Mudah, Pengakuan Hamba Allah

Tatkala kita masing-masing sedang bersemangat dengan azam tahun baharu, apa kata kita jadikan budaya menyebut nama Allah ini sebagai salah satu daripadanya. Mudah bukan? Bukankah itu merupakan syiar kita sebagai seorang Muslim yang mengaku Tuhan kita ialah Allah?

Bercerita tentang Bismillah, suka untuk penulis kongsikan huraian menarik tentangnya oleh seorang ulama dan tokoh Muslim yang terkenal dengan magnum opusnya, Rasa’il al-Nur. Beliau ialah Imam Badi’ al-Zaman Sa‘id Nursi. Huraian tentang bismillah ini terdapat pada bab Kalimah Pertama.

Satu Perumpamaan

Imam Sa‘id Nursi dalam karyanya itu sangat gemar menggunakan analogi yang dapat diterima oleh akal fikiran yang waras. Termasuklah jugalah huraian beliau tentang lafaz Bismillah.

Sebelum memberikan perumpamaan dan analogi, beliau akan memberikan suatu situasi terlebih dahulu. Tujuannya adalah untuk memberikan gambaran awal kepada murid beliau dan para pembaca. Kata beliau:

“Orang yang mengembara di padang pasir Arab perlu menggunakan nama ketua kabilah dan bernaung di bawah perlindungannya supaya dia terselamat daripada kejahatan para penjahat dan mampu mencapai hajatnya. Jika tidak, dia akan menderita menghadapi musuh dan keperluannya yang tiada batasan secara bersendirian.”

Kemudian, barulah beliau memberikan analoginya. Kata beliau:

Terdapat dua orang pengembara keluar menuju ke padang pasir. Seorang daripada mereka bersifat tawaduk, manakala seorang lagi bersifat sombong.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?