November 4, 2024
KEKELUARGAAN Wanita & Keluarga

Latihan Keibubapaan di Sebalik Kerenah Anak

“Betulkah kalau nak berjaya memang kena ada cerita susah-susah dulu? Kadang-kadang saya rasa orang itu sengaja buat-buat cerita sahaja.” Begitu luahan hati rakan saya, seorang ibu. Saya hanya mengangguk sahaja.

“Betul. Tidak semua orang yang dulu susah mesti berjaya. Tetapi, kebanyakan mereka yang berjaya itu memang pernah susah dahulu atau paling kurang pun, pasti ada yang membuatkan mereka bertekad mahu mengubah nasib,” jawab saya ringkas.

Si ibu ini bertemu saya dan mengadu tentang keadaan perniagaannya yang naik turun itu. Mengapa tidak, sebelum ini kehidupannya agak mewah dengan bekerja makan gaji. Namun apabila dia mengambil keputusan untuk berhenti supaya mempunyai lebih masa untuk menjaga lima orang anaknya, apa yang dia bayangkan sebelum ini tidak seindah yang disangka.

Apa kaitan cerita di atas dengan topik kita kali ini? Kita semua ada ujian tersendiri. Kadangkala bentuk ujian itu sudah sama, namun reaksi berbeza.

Ya, memang tidak semua orang yang melalui fasa susah itu akan mendapatkan hasil yang manis. Semuanya bergantung kepada cara seseorang itu melihat kesusahan itu. Adakah sebagai pembakar semangat atau hanya wadah untuk menyimpan keluhan dan alasan?

 

Ragam Anak dan Darjat Ibu

Dalam soal keibubapaan, boleh sahaja Allah SWT ingin menjadikan anak kita semuanya taat, patuh dan mendengar kata setiap waktu. Kita pula punyalah bersungguh-sungguh berdoa setiap hari agar Allah memudahkan urusan kita dalam mendidik anak. Namun, ada sahaja ragam anak yang membuatkan si ibu bertukar menjadi “Si Hijau”.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?