December 9, 2023
Fokus SOLUSI

Lazatkah Sujud Kita?

Nikmat terbesar di dunia ialah nikmat iman. Nikmat iman ini mampu menghidupkan hati. Hati yang hidup ini adalah kelazatan hasil daripada beriman. Hati yang hidup inilah juga yang kemudiannya akan menggerakkan anggota badan menunaikan ketaatan dan amal soleh, seterusnya menjauhi kemungkaran.

Sedar atau tidak, dalam kebanyakan ibadah, solatlah kemuncaknya. Dan dalam solat itu ada sujud. Sujud pula kemuncak bagi ibadah solat.

Allah memerintahkan sujud dengan berfirman:

Oleh yang demikian, hendaklah kamu sujud kepada Allah dan beribadatlah kamu kepada-Nya. (Surah al-Najm 53: 62)

 

Manifestasi Seorang Hamba

Sudah menjadi lumrah manusia, akan berasa kagum kepada apa-apa sahaja yang lebih hebat daripadanya. Rasa kagum ini bukan sahaja diserlahkan dalam bentuk kata-kata, sebaliknya tahap kagum yang paling tinggi diluahkan dalam bentuk perbuatan.

Dalam konteks kita sebagai hamba kepada Pencipta, rasa kagum kepada Allah diserlahkan dengan cara tunduk merendah bersujud kepada-Nya.

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?