Bersin dan menguap merupakan tindak balas normal bagi manusia. Walau bagaimanapun, kita dapat lihat pelbagai reaksi manusia ketika mereka bersin dan menguap. Ada yang melepaskan bersin dengan kuat sekali. Namun, ada yang menahan bersinnya. Begitu juga dengan menguap. Ada yang apabila menguap, ternganga luas mulutnya dan ada yang menutup mulutnya dengan tangan.
Oleh itu, tahukah kita bahawa Islam turut mengajar umatnya walaupun tentang perkara yang remeh ini. Ya, tentang bersin dan menguap. Dalam Islam, bersin merupakan satu bentuk tindak balas tubuh yang baik manakala menguap pula adalah sebaliknya. Mari kita lihat beberapa hadis tentangnya:
Bersin Mendapat Doa
Nabi SAW telah bersabda: “Sesungguhnya Allah SWT menyukai bersin dan membenci menguap.” (Riwayat al-Bukhari) Dalam memahami hadis ini, Imam al-Khattabi mengatakan bahawa yang dimaksudkan dengan ‘Allah SWT menyukai bersin’ itu adalah kerana apabila seseorang itu bersin, maka secara semula jadinya akan menyebabkan badan orang tersebut menjadi lebih ringan dan turut membuka liang-liang roma pada kulitnya. Manakala, berbeza pula dengan orang yang menguap. Kebiasaannya seseorang yang menguap itu tandanya dia sedang kekenyangan, mengantuk dan malas beraktiviti.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.
Free Trial
Free trial access for 200 articles.Click now