Cinta ini ada magisnya. Sesiapa sahaja mampu “disihirnya”. Biarpun berkali-kali cuba melawan, namun rasa “sihir” cinta sukar dikekang. Ia datang tanpa diundang. Apatah lagi untuk dipelajari atau dicari. Oh! Bukan… bukan. Ia bertandang secara semula jadi dan tiada kuasa lain yang mampu menolak dan menghalangnya.
Luar biasa sungguh sihir cinta…
Ada kala manusia biasa-biasa yang terkena “sihirnya” boleh dijulang menjadi mulia. Namun ada kala juga yang mulia boleh jatuh terperosok hina kerananya. Mulia atau hina cinta bergantung kepada apa yang dicintainya.
Abdullah Ibn Mubarak berkata: “Jika cintamu benar, kamu akan mentaati-Nya kerana seseorang yang mencintai sesuatu akan sanggup mentaati sesuatu!”
Apabila Cinta Bertamu…
Apabila cinta bertamu, manusia yang paling waras pun akan termangu. Yang celik pula menjadi “buta”. Buta pada penderitaan dan kesengsaraan dalam membuktikan cintanya.
Kata-kata, tindakan, hati dan kecerdikannya terganggu kerana semuanya telah “dipukau” dan mulai fokus kepada apa yang dicintainya.
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.