Sebelum perbualan telefon mereka berakhir, dia tidak lupa sebaris ayat ini, “Ibu, doakan adik.” Ibu membalas dengan jawapan sama, “Ibu sentiasa berdoa untuk kamu, adik.”
Dia selalu percaya doa ibu banyak memberi kesan dalam kehidupan harian. Rasulullah SAW bersabda:
Tiga doa yang mustajab dengan tidak syak lagi padanya; Doa seorang yang dizalimi, doa seorang yang bemusafir dan doa ibu bapa kepada anaknya. (Riwayat Ibn Majah)
Ketika ini, ibu masih ada untuk mendoakan. Akan sampai masa, ibu tidak ada di dunia lagi. Ibu pergi menghadap Ilahi. Tiada lagi doa ibu untuk si anak. Doa ibu mahal. Ibu, insan penting yang melahirkan kita ke dunia.
Antara keutamaan ibu:
- Menjaga anak sejak dalam kandungan.
Allah berfirman:
…Ibunya telah mengandungkan dengan susah payah dan telah melahirkannya dengan susah payah. Sedangkan tempoh mengandungkannya berserta dengan tempoh menceraikan susunya adalah dalam masa tempoh 30 bulan. (Surah al-Ahqaf 46: 15)
- Mengandung, melahirkan dan menyusukan
Allah berfirman:
Subscribe
Gain access to all our Premium contents.More than 100+ articles.