December 9, 2023
KEKELUARGAAN Wanita & Keluarga

Mak Penipu!

Mak, itu sebutan pertama yang saya sebut dulu-dulu seawal baru pandai bertutur. Itu jugalah panggilan saya hingga kini. Alhamdulillah, mak masih sihat walafiat.

Banyak yang ingin diceritakan tentang mak, cuma satu yang saya sering ingat. Mak saya sering “menipu”. Saya masih teringat sewaktu saya masih kecil. Minum petang memang mak sediakan dan pastikan setiap hari ada di atas meja.

Mak Tak Lapar

Petang itu, mak masuk ke dapur. Termenung seketika, kemudian menyarung tudung dan keluar rumah. Apabila mak pulang kembali, di tangan mak dibimbit plastik pisang goreng. Biasanya emak akan masak sesuatu untuk minum petang. Paling kurang cekodok atau bubur kacang. Kali ini mak beli dari gerai di luar.

Mak minta hidangkan pisang goreng tersebut, kemudian menyambung kerjanya kembali menyiapkan tempahan baju pelanggan.

“Mak tak makan?” soal saya.

“Makanlah, mak tak suka pisang goreng.”

Saya segera memanggil adik-adik dan ayah untuk makan. Apabila semua dah selesai makan, mak masuk ke dapur menjenguk. Saya curi-curi pandang mak. Oh, mak makan rupanya pisang goreng. Mak menipu ke? Atau sebab sayangkan makanan yang berbaki?

Subscribe

Gain access to all our Premium contents.
More than 100+ articles.

Buy Article

Unlock this article and gain permanent access to read it.
Are you sure want to unlock this post?
Unlock left : 0
Are you sure want to cancel subscription?